Aloha!

meneroka dunia saya!!

Saturday 30 April 2011

10 sebab pompuan x suke lelaki




1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.


3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

Sekian.


p/s: Aku rasa tak salah kalau perempuan tu nak mengorat lelaki,kalau dia rasa lelaki tu mampu jadi suami yang terbaik untuk dia,susah nak cari lelaki baik nie,kan kan kan??

Friday 29 April 2011

korang korang...nak baca tak (untuk single je okay)





Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

hihihi..best kan jdi single..solo je manjang..^^

diet yang sehat !!!


SETIAP manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan seharian iaitu makanan yang memberi dan menambah tenaga bagi memastikan badan berupaya melakukan kerja-kerja harian dan otak pula mampu berfikir.

Kesihatan yang baik juga berpunca daripada pemakanan yang seimbang dan sempurna kerana kesihatan merupakan aset penting bagi kita.

Sekiranya tanpa tahap kesihatan yang baik kita akan diserang pelbagai penyakit dan sukar untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna.

Namun masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa faktor pemakanan yang tidak sihat juga mengundang kepada masalah kesihatan yang boleh membawa maut dan secara tidak langsung merupakan punca utama penyakit yang kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Corak dan cara pengambilan makanan yang sistematik perlu dimulakan di peringkat awal lagi iaitu ketika kanak-kanak supaya amalan ini akan menjadi kebiasaan apabila menginjak dewasa dan memberikan kesan yang berterusan serta memberikan tahap kesihatan yang optimum.

Tabiat makanan semasa bercuti dan perayaan juga mengundang kepada permasalahan kesihatan kerana mengganggu jadual pemakanan sehingga tidak terurus.

Maklum saja, semasa bercuti kita makan apa sahaja tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan, tambahan pula hidangan kesemuanya sedap-sedap.

Apabila berat badan sudah naik mungkin inilah masa kita untuk berdiet, sebenarnya bukan susah untuk mendapatkan badan yang langsing serta sihat

Berikut beberapa cara untuk menguruskan pemakanan yang seimbang secara bijak bagi tujuan kesihatan diri kita.

Jika anda sedang berada dalam keadaan proses untuk menurunkan berat badan, amalkan pemakanan yang sihat. Amalkan diet yang menyarankan makanan tinggi protien.

Selain itu, hindari makanan ringan yang tidak membawa kepada kebaikan dalam kesihatan.

Mulakan pemakanan seimbang tersebut dengan tersusun namun harus diingatkan awasilah makanan secara teratur,

Lihatlah kesan dalam tempoh tujuh hari, pasti anda akan tersenyum sendiri.

Pertama, kurangkan pengambilan gula. Gula pasir, gula perang dan juga madu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan, oleh itu kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan anda.

Pengambilan bahan-bahan ini secara berlebihan boleh meningkatkan risiko diri anda kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis serta kanser.

Keadaan ini juga akan menjadikan diri anda kelihatan letih dan cepat penat.

Selain dari itu, atur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak tiga hingga empat kali seminggu.



SO !! ..CHILL SEHAT BABE !..*macam tuan pnye blog ni..hehe

di mana hatimu insan?

Terima kasih ya Allah atas kesempatan yang Kau berikan...

korang perasan tak DUNIA NAK AKHIR ZAMAN?..macam2 berita kita dengar dah kan,..hmm..kita selalu leka dan lalai .satu berita ni aku cukup sadis mendengarnye., hati sesak melihat dan mendengar berita-berita yang dipaparkan di media massa... Berita pembuangan bayi: a , b, c, sumbang mahram, rompak, ragut, rogol, bunuh dan deretan senarai yang tidak terungkapkan..


Wahai insan, di mana letak hatimu?




Kadangkala pelik memikirkan mengapa gejala sosial terus membelenggu masyarakat. Apakah yang kurang? Pembangunan fizikal yang semakin pesat rupanya tidak berkadar langsung dengan pembangunan insaniah, batiniah. Makin disogok kemajuan makin diragut kemanusiaan. Di mana, di mana letaknya hatimu insan?


Mungkin ada yang terfikir...

1) Ini kerja orang lain, dosa orang lain, aku tak perlu fikir.
2) Tak apa lah asalkan yang buat tu bukan kaum kerabat kita.
3) Dah keadaan macam ni, aku bukan boleh buat apa-apa pun..

YES !!!, kadangkala aku juga terfikir begitu, takkanlah perbuatan orang lain perlu kita ambil "pot". Tetapi perlulah kita ingat bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita, paling kurang berdoalah. Berdoalah agar ummah ini kembali ke jalan-Nya.

Hakikat yang perlu diingatkan di sini ialah, setiap perbuatan jahat membawa kepada dosa dan ia turut disumbang oleh bisikan jahat musuh manusia yang utama, iblis dan syaitan. Kerana makhluk ini telah berjanji seperti dalam firman-Nya (Surah Al-Hijr: 15: 39-40):

"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Ingatlah bahawa hidup itu satu ujian. Hanya yang bersedia dengan persediaan yang cukup akan "lulus" dan akhirnya kepada Allah lah kita kembali dengan kematian yang pasti. Segala kebaikan dan keburukan adalah cubaan buat manusia seperti firman-Nya (Surah Al-Anbiya' : 21:35)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan sekarang?

1) Baiki diri anda.
2)Didik adik-beradik, sepupu, dan keluarga terdekat tentang pentingnya menjauhi maksiat.
3) Kurangkan diri dari melakukan perkara lagha.
4) Andai kata korg sukar berubah bersendirian, ajaklah teman korang.
5) Berdoalah: MasyaAllah La haulawala quwwatailla Billah (maksud: apa yang dikehendaki Allah itu pasti berlaku, tiada daya melainkan dengan (pertolongan) Allah) sebagai doa untuk menolak bala.


tu je yg ak tawu..sama samalah kita BAIKI diri,..DUNIAWI SEKEJAP JE,..BEKALAN KE AKHIRAT DAH CUKUP?? ..pndai2 pikirlah ye..assalamualaikum..:)

jaga 7 sunnah nabi (:




Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama, Tahajjud
karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat, jaga shalat Dhuha
karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.
Kelima, jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam, jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berdzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
“Dzikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan dzikir berbagai kejahatan seperti narkoba, KKN, dan lainnya dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat hewani yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

inikah cinta?


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selalmat pagi’,'selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!

PEACE ^^

Monday 25 April 2011

aktiviti setiap petang !



riadah wktu petang (:

hye korang..petg2 korg wat ap erk??..bersenam x?..rmai kate ak da gmok!!!..*huarrggh rase macam nak sepuk sekor sekor...ternak lemak agaknya kat umah ni..haishh..haha..tapi xde laa gemok sangat !!..kan kan..:)..start cuti sem tiap2 petg ak joging okay !..kat blakang umah ak (ade litar speed track)..SO,area pukul 530 da kluar uma,..sampai 630.(camtuu la)..tapi aku lari 2 round da pancit..ahakhak..ok la lepas joging rase segar,..dan malam tido aman taw..nyenyak je.,eh sampailah ke hari ini taw joging..ahahha..korang caye x???..^-^






suke berbasikal !





Penat sgt sampai terguling2 atas rOad.

c the burung..soO many..time ni da round 2 kali ..pnt woOo

ni adek aku yg gila lensa ! AHAHAHA

need rest~

we :)

ap kes ngann minah ni?..ak pon kompiuss..agaga

muke konon pent jog...padahal..AHAKS

P/S: pentingkan senaman oke..tak kesah lah korang ni kurus dah ke,..body da "BAEK PUNYE" ke janji daam seminggu at lease 3 kali ye murid murid..ngee~..ingat taw kesihatan tu penting !





  • cari tempat yang sesuai untuk bersenam
  • pelbagaikan senaman
  • jangan melebihi had anda
  • catatkan kemajuan diri
  • jangan bersikap keterlaluan tentang senaman
  • bersabar dan teruskan azam
  • tetapkan jadual waktu sendiri
  • jangan terpengaruh dengan son keselesaan
  • jangan hilang perspektif 

     .......................................(-,-),..da abes bace tu esok g jog ye..tgk perot korg..da buncit!..ahak2

untuk remaja je taw ...('',)

Memiliki kapel yang kita sayangi dan cintai sangat menyenangkan untuk dijalani. Selama masa kapel kan pasti akan ada berbagai masalah yang datang silih berganti.betol x korg??..*ngaku jelaa..ak pon same..hukhuk.. 
 
                         sweet kan :) macam romeo n juliet !!

kat bwah nie adlah some tips nak share ngan korg..SUPAYA hubungan korg tetap menyenangkan dan lancar dengan pasangan  tercinta sehingga dapat menikahinya :) 
1. Komunikasi YangIntensif
 Dengan teknologi yang sudah maju korang msti lah slalu "call" dan mengirim "sms ke dia dengan crita  yang segar dan tidak membosankan. Usahalah "call"  si dia setiap malam hari dengan tarif yang murah meriah sehingga anda dapat berlama-lama sembang dengannya berdua. kalau si dia sudah merasa nyaman dan senang ditelfon maka komunikasi yang anda lakukan dalam kondisi yang baik. *congrate babe ! :)
Hindari menanyakan hal yang sama berulang-ulang dan dapat membuat pasangan anda BOSAN menjawabnya. Jika anda mempunyai sesuatu hal yang menarik dan baru, sampaikanlah. Selain malam hari, jangan ganggu si dia terlalu lama. Cukup dengan "call" sebentar dan beberapa "sms" segar. Jangan paksakan melakukan komunikasi jika keadaan sedang tidak memungkinkan. pham x?..
2. Beri Perhatian Lebih
Perlakukan si dia berbeza dan lebih baik dari orang lain. Ketika dia ulang tahun atau event-event tertentu ucapkan selamat dan juga korg blikan lah hadiah. Buatlah seolah-olah dia seorang yang special dan korg  xnak  kehilangan dirinya. Jika si dia ada masalah, bantulah minimal dengan mendengarkan kata kata semangat ke serta membantu dengan memberi solusi. :))
3. Ungkapan Cinta Yang Tulus Dan Wajar *yg ni penting babe !
Jangan memberi ungkapan gombal yang berlebihan yang tidak sesuai dengan kenyataan. Ungkapkan cinta anda secukupnya secara wajar tidak dibuat-buat alias maksa. Buat varasi ungkapan cinta anda dengan berbagai metode (cara) dan cara agar tidak monoton.
4. Pelajari Sifat Dan Perilaku
Amati dan pelajari apa-apa yang pasangan korg sukai dan apa-apa yg dia x suke. kalau korg dah tau tu, jangan lakukan hal-hal yg dia x suke dan lakukanlah apa yang ia sukai selama tidak melanggar aturan hukum, norma dan agama serta tidak membebani korg. HINDARI HUBUNGAN SEKS di luar nikah untuk menghindari masalah pelik yang dapat muncul. Tolak dengan baik ajakan-ajakan yang berbahaya, karena belum tentu ia akan menikah dengan anda.*ingat ye kaum hawa..jgn cepat tergoda..aww~  :))
5. Jangan kedekot lah babe ! *kalau kua tu tong2 lah ea
Ketika sedang pergi berdua jika memungkinkan tanggunglah biaya-biaya pacaran berdua seperti makan, tgk wayg ke, g travel ke,shoping ke, transport, dsb. Jangan wat "bodo" je suh dia baya semua saja tanpa mau mengorbankan sedikitpun duit korg untuk orang yang korg  sayangi. Tetapi jika salah satu ada yang sudah bekerja dan yang satunya tidak bekerja, belanja adalah sesuatu yang wajar.
6. Perjelas Hubungan Ke Depan
Komitmen menikah merupakan sesuatu yang PENTING dan perlu disepakati yang menunjukkan bahwa korg dan pasangan saling mencintai. Komitmen tersebut boleh diungkapkan di awal mahupun setelah lama berhubungan!!. Semakin jelas hubungan korg dengan dirinya, maka semakin kuat ikatan batin anda dengan si dia.!( *fuhh ayat x boleh bla). Terlebih lagi jika keluarga kedua belah pihak telah mengetahui serta merestuinya. Berdoalah kepada Tuhan agar anda kelak bahagia bersama pasangan korg.
7. Hubungan Keluarga Yang Baik
Jaga hubungan baik dengan anggota keluarga si dia jangan sampai menimbulkan masalah dan citra yang negatif. Jika ada masalah segera selesaikan secara kekeluargaan bersama pasangan anda. Pernikahan tidak hanya penyatuan seorang lelaki dengan perempuan, tetapi juga menikahkan kedua keluarga.
8. Jujur Dan Menjadi Diri Sendiri !!
Jadilah sebagai diri sendiri dan tidak meniru adegan sinetron, novel, film, dan sebagainya. Tanpa berpura-pura menjadi seseorang yang sempurna, kita akan merasa bebas lepas tanpa beban dalam menjalani hubungan cinta anda. ('',)
Usahakan tidak membohongi kekasih anda dan katakan apa adanya sesuai dengan keadaan yang sesungguhnya. Sekali berbohong maka anda harus membuat kebohongan lainnya untuk menutupinya. Jika telah menikah nanti akan lebih indah jika saling jujur tanpa ada dusta diantara anda dengan dia.
9. Menjaga Emosi 
Jangan membalas emosi dengan emosi. Gunakan kesabaran yang tinggi untuk meredam amarah si dia. Ungkapkan anda tidak suka jika dia marah membabi-buta. Jika si dia melakukan kesalahan atau kebohongan pun jangan sampai emosi anda meledak-ledak. Tetap tenang dan gunakan akal sehat dalam menjalani suatu masalah. Berbicaralah baik-baik dan lembut namun tegas dalam menyikapi sesuatu karena emosi terkadang sifatnya hanya sementara. Emosi yang saling beradu sangat berbahaya dalam menjaga hubungan agar tidak putus cinta.
10. Selesaikan Masalah Yang Ada Secepatnya
Jangan menunda-nunda untuk mencari pemecahan dari masalah yang timbul. Jika keadaan dibuat mengambang terlalu lama maka bisa jadi si dia akan berpaling dari anda dan menjalin cinta yang lain. Sedapat mungkin hubungan yang terjalin dapat kembali mesra seperti sedia kala setelah masalah terselesaikan. *jgn lame2,nanti dia termakan hati..:((
11. Selalu Setia *korg tawu setia?..ahaks
Hal yang sangat penting adalah menjaga kepercayaan si dia. Jika anda ketahuan pacaran lagi dengan orang lain maka hancurlah hati si dia jika mengetahuinya. Jangan pernah menduakan cinta anda, sebab itu sangat membahayakan hubungan anda dengan balak korg. :)
12. Seimbang / Tidak Ada Dominasi
Jangan sampai hubungan yang berjalan menjadi kurang nyaman karena yang satu dianggap atau menganggap dirinya lebih dewasa, lebih pintar, lebih kaya, dan sebagainya. Buatlah diri anda dengan dirinya seimbang satu sama lain tanpa perbedaan. Keadaan yang seimbang antara lelaki dan wanita seperti teman akan sangat menyenangkan daripada yang satu harus selalu menuruti kemahuan salah satu pihak terus menerus seperti pembantu.
13. Lakukan Hal-Hal Yang Menyenangkan
Sesuatu yang membuat anda berdua senang tidaklah harus yang berharga mahal. Mungkin dengan belanja bersama ke pusat perbelanjaan, jalan-jalan naik motor berdua atau duduk berdua di bangku taman yang gratis dapat menyenangkan kedua belah pihak. Nikmatilah masa-masa "perkapelan" korg yg indah agar tidak menyesal nantinya ketika menikah. 
- Semoga kisah cinta anda berdoa dengan bf/gf selalu lancar aman terkendali hingga jenjang pernikahan yang suci dan sakral.
----
Tambahan :
Jika anda tidak mencintai pasangan anda atau justru membencinya maka BINCANGLAH baik-baik untuk mencari JALAN KELUAR atau SOLUSI terbaik mengenai hubungan anda. Jika hubungan cinta anda tersebut hanya membuat anda menderita, maka jangan buang waktu anda dan segera cari orang yang benar-benar anda cintai setulus hati dan orang itu juga mencintai anda. :))) ..

hepi forever ! :)
ThAnKss sbb bace artikel yg agak "bolehlah" kalau stakat nak tolun2 tuu..hehe ..salam,ila :)

Sunday 24 April 2011

I love Novel !!

My Target!

Iyla ske baca novel even tengah2 malam sampi kna marah ngn ma HAHHA