Aloha!

meneroka dunia saya!!

Friday 29 April 2011

di mana hatimu insan?

Terima kasih ya Allah atas kesempatan yang Kau berikan...

korang perasan tak DUNIA NAK AKHIR ZAMAN?..macam2 berita kita dengar dah kan,..hmm..kita selalu leka dan lalai .satu berita ni aku cukup sadis mendengarnye., hati sesak melihat dan mendengar berita-berita yang dipaparkan di media massa... Berita pembuangan bayi: a , b, c, sumbang mahram, rompak, ragut, rogol, bunuh dan deretan senarai yang tidak terungkapkan..


Wahai insan, di mana letak hatimu?




Kadangkala pelik memikirkan mengapa gejala sosial terus membelenggu masyarakat. Apakah yang kurang? Pembangunan fizikal yang semakin pesat rupanya tidak berkadar langsung dengan pembangunan insaniah, batiniah. Makin disogok kemajuan makin diragut kemanusiaan. Di mana, di mana letaknya hatimu insan?


Mungkin ada yang terfikir...

1) Ini kerja orang lain, dosa orang lain, aku tak perlu fikir.
2) Tak apa lah asalkan yang buat tu bukan kaum kerabat kita.
3) Dah keadaan macam ni, aku bukan boleh buat apa-apa pun..

YES !!!, kadangkala aku juga terfikir begitu, takkanlah perbuatan orang lain perlu kita ambil "pot". Tetapi perlulah kita ingat bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita, paling kurang berdoalah. Berdoalah agar ummah ini kembali ke jalan-Nya.

Hakikat yang perlu diingatkan di sini ialah, setiap perbuatan jahat membawa kepada dosa dan ia turut disumbang oleh bisikan jahat musuh manusia yang utama, iblis dan syaitan. Kerana makhluk ini telah berjanji seperti dalam firman-Nya (Surah Al-Hijr: 15: 39-40):

"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Ingatlah bahawa hidup itu satu ujian. Hanya yang bersedia dengan persediaan yang cukup akan "lulus" dan akhirnya kepada Allah lah kita kembali dengan kematian yang pasti. Segala kebaikan dan keburukan adalah cubaan buat manusia seperti firman-Nya (Surah Al-Anbiya' : 21:35)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan sekarang?

1) Baiki diri anda.
2)Didik adik-beradik, sepupu, dan keluarga terdekat tentang pentingnya menjauhi maksiat.
3) Kurangkan diri dari melakukan perkara lagha.
4) Andai kata korg sukar berubah bersendirian, ajaklah teman korang.
5) Berdoalah: MasyaAllah La haulawala quwwatailla Billah (maksud: apa yang dikehendaki Allah itu pasti berlaku, tiada daya melainkan dengan (pertolongan) Allah) sebagai doa untuk menolak bala.


tu je yg ak tawu..sama samalah kita BAIKI diri,..DUNIAWI SEKEJAP JE,..BEKALAN KE AKHIRAT DAH CUKUP?? ..pndai2 pikirlah ye..assalamualaikum..:)

No comments:

Post a Comment